Thursday, 1 December 2011

Rasa Sayang eh rasa sayang


 

Lagu Kanak- kanak

Demi Bangsa Dan Negara

Contoh Karangan

                 Aku berasal dari ’Negara Matahari Terbit“. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar.
Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan pleastik.
                Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang lain
dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.
               Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh
seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu,
aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.
                Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun
kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa
aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.
               Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan
baktiku kepada orang Malaysia.

Contoh Rangka karangan

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ...


" Aku Sebuah Basikal "

Pengenalan  :  - berasal dari Jepun
                            - dibuat di sebuah kilang besi waja
                            - terdiri daripada besi waja, getah dan plastik

Perenggan ke-2 :  - disebut basikal
                                  - dipamerkan
                                  - berasa sungguh gembira

Perenggan ke-3 : -  menaiki sebuah kapal dagang
                                 - berasa sungguh bangga

Perenggan ke-4 :  - nasib malang
                                  - kapal karam
                                  - dijumpai oleh penyelam
                                  - dijual sebagai besi buruk

Penutup : -  menjadi bahan terbuang
                   -  kesal kerana tidak dapat berbakti

Karangan Jenis Autobiografi







        1.  Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu  benda secara terperinci.


2.  Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.

3.  Boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana

4.  Aturan membina karangan 
     @tempat asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus       
  
     @ perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan 
         @ proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat 
           @ perasaan - sedih atau gembira

      5.  Boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.

      6.  Paparkan nilai-nilai murni

      Tuesday, 29 November 2011

      Kemahiran Memahami dan Memindah Maklumat

                    Panduan Umum  


      1. Kamu perlu melihat gambar yang diberi dengan teliti.

      2. Gambar terdiri daripada gambar tunggal atau gambar bersiri.

      3. Catat aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang terdapat dalam gambar.

      4. Kalau perlu membina ayat-ayat yang lengkap berdasarkan maklumat atau aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut.

      5. Pastikan membina ayat yang gramatis dan menepati kehendak bahan yang diberi.

      6. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta bersesuaian dengan bahan rangsangan yang diberi.

      7. Pastikan ayat-ayat yang dibina tidak mengandungi kesalahan tatabahasa, ejaan dan tanda baca.

      Praktis


      Isi tempat kosong: 


      **kerana**   **lalu**   **apabila**   **tetapi**   **sambil**


      1.  Pei Pei berjalan ___________ bercakap dengan kawannya.

      2.  Lilian kesejukan ___________ tidak memakai baju yang tebal.

      3. Rahaya sangat gembira ____________ diumumkan sebagai Pelajar Terbaik di sekolahnya.

      4. Encik Firdas nampak sombong ______________ dia seorang yang peramah.

      5. Danie menghampiri Ai leng _____________ bertanyakan alamat rumahnya.