Tuesday, 29 November 2011

Kemahiran Memahami dan Memindah Maklumat

              Panduan Umum  


1. Kamu perlu melihat gambar yang diberi dengan teliti.

2. Gambar terdiri daripada gambar tunggal atau gambar bersiri.

3. Catat aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang terdapat dalam gambar.

4. Kalau perlu membina ayat-ayat yang lengkap berdasarkan maklumat atau aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut.

5. Pastikan membina ayat yang gramatis dan menepati kehendak bahan yang diberi.

6. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta bersesuaian dengan bahan rangsangan yang diberi.

7. Pastikan ayat-ayat yang dibina tidak mengandungi kesalahan tatabahasa, ejaan dan tanda baca.

Praktis


Isi tempat kosong: 


**kerana**   **lalu**   **apabila**   **tetapi**   **sambil**


1.  Pei Pei berjalan ___________ bercakap dengan kawannya.

2.  Lilian kesejukan ___________ tidak memakai baju yang tebal.

3. Rahaya sangat gembira ____________ diumumkan sebagai Pelajar Terbaik di sekolahnya.

4. Encik Firdas nampak sombong ______________ dia seorang yang peramah.

5. Danie menghampiri Ai leng _____________ bertanyakan alamat rumahnya.

Monday, 28 November 2011

Kata Hubung


 

  • Perkataan yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.
2.  Kata hubung terbahagi kepada tiga, iaitu:
  •    kata hubung gabungan,
  •    kata hubung pancangan,
  •    kata hubung berpasangan.





Sudut Latihan ( Kata Ganti Nama Diri )


 

 Sudut Latihan . . . .


  



Cuba jawab soalan ^_^
  

1. "Adakah ( kamu, tuanku )telah menyampaikan pesanan saya kepada Cikgu Ali?" tanya Meyu kepada Fadilah.

2. Kita harus memberi peluang kepada bekas penagih dadah agar(beliau, mereka) dapat memulakan kehidupan yang baru.

3. "( Kita, Kami ) mestilah bekerjasama untuk membanteras gejala sosial di kalangan remaja,"kata Tuk Ketua kepada anak buahnya.

Kemahiran Bahasa

Kata Ganti Nama Diri
  • Perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama orang.
  • Terdiri daripada bentuk tunggal (satu) dan bentuk jamak (lebih daripada satu). 



Kata Ganti Nama Diri Pertama

  • Digunakan untuk menggantikan nama diri sendiri apabila bercakap   dengan orang lain. 
  • Contoh: saya, aku, hamba, beta, patik ( Bentuk tunggal) 
                   kami, kita ( Bentuk jamak)

 ayat contoh:
 1. Saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh demi kejayaan pada masa depan.
 2. " Kita mestilah membantu orang yang kurang upaya," kata Sak Hui kepada adiknya.




 Kata Ganti Nama Diri Kedua

  • Digunakan untuk menggantikan nama orang yang dilawan bercakap. 
  • Contoh: awak, engkau, kamu, anda, tuanku, tuan hamba                        ( Bentuk tunggal)
                   anda semua, kalian ( Bentuk jamak)

    ayat contoh: 
     1. "Saudara hendak ke mana?" tanya Encik Lim kepada pemuda itu.
     2. " Kamu diminta hadir ke Seminar Menjawab Soalan UPSR esok,"kata Cikgu Maraim kepada murid-muridnya .




    Kata Ganti Nama Diri Ketiga

    • Digunakan untuk menggantikan nama orang yang diperkatakan.
    • Contoh: dia, beliau, baginda ( Bentuk tunggal)
                       mereka ( Bentuk jamak)
       ayat contoh:
       1. Baginda menabalkan putera sulungnya sebagai Raja Muda.
       2. Beliau akan merasmikan upacara Perayaan Gawai Batu yang diraikan oleh kaum Iban pada minggu hadapan.